BARISAN NASIONAL - WADAH PERJUANGAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA

BARISAN NASIONAL - WADAH PERJUANGAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA
PDM Seri Putra, DUN Morib, Parlimen

Pencapaian Gagasan 1Malaysia

Pencapaian Gagasan 1Malaysia
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan (KLIK UNTUK REDIRECT ke http://www.1malaysia.com.my/my/ )

PDM Seri Putra

PDM Seri Putra
N53 DUN MORIB, P112 PARLIMEN KUALA LANGAT
Showing posts with label Calon Transformasi. Show all posts
Showing posts with label Calon Transformasi. Show all posts

Tuesday 16 April 2013

TERKINI #PRU13 - KEDUDUKAN KERUSI PARLIMEN PRU13 2013


KENYATAAN Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan 





Barisan Nasional (BN) akan menyerahkan surat tauliah calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada pengerusi BN negeri hari ini iaitu lima hari sebelum penamaan calon pada Sabtu ini.



Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, majlis itu akan diadakan di Ibu Pejabat BN di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Katanya, Pengerusi BN negeri akan pulang ke negeri masing-masing untuk mengumumkan calon-calon PRU-13 BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

"Kebanyakan negeri dijangka membuat pengumuman esok (hari ini) dan Selasa ini.

"Semua itu terpulang kepada mereka (pengerusi-pengerusi BN negeri)," katanya.

Beliau berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyampaikan surat tauliah itu kepada pengerusi BN negeri.

Sementara itu, di Kota Bharu, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pengumuman calon BN negeri itu akan diumumkan selepas mendapat lampu hijau daripada Najib.

Katanya, BN Kelantan telah mengemukakan cadangan calon yang terdiri daripada muka lama dan baharu, tokoh agama, Pemuda serta Wanita dan senarai itu telah mendapat pandangan daripada semua pihak termasuk perbincangan dengan ketua-ketua UMNO bahagian masing-masing.
Beliau berharap mereka yang tidak dicalonkan tidak merajuk dan mengkhianati parti dengan melakukan sabotaj 'cah keting'.

"Kalau merajuk sekali pun fikirlah yang kita perlu kembali bekerja demi untuk merampas Kelantan daripada Pas dan untuk masa depan rakyat yang perlukan pembelaan kita," katanya.

BN Johor dan Kedah pula dijangka mengumumkan calon BN negeri masing-masing pada pagi Selasa, kata jurucakap BN di kedua-dua negeri terbabit.

sumber : AAKJ

TERKINI #PRU13 - Najib Kemuka Pasukan Transformasi Untuk PRU13


Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) pada majlis penyerahan watikah pelantikan calon PRU 13 di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Foto: Zulkarnain Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah selesai membuat persiapan terakhir untuk menerajui perjuangan menentang pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), manakala Barisan Nasional (BN) pula kini bersiap sedia untuk menurunkan mereka yang cukup berpengalaman serta muka baharu yang penuh bertenaga sebagai calonnya.

BN akan menampilkan muka baharu yang merangkumi satu pertiga daripada jumlah calonnya untuk bertanding di kerusi parlimen dan hampir separuh daripada jumlah calon untuk kerusi negeri, dengan kebanyakan mereka diletakkan di negeri dikuasai pembangkang sebelum ini.

Tidak akan berlaku pertukaran pada saat-saat akhir, kata Najib, yang pertama kali menerajui BN untuk menghadapi pilihan raya umum sebagai perdana menteri, selepas beliau menyerahkan dokumen pencalonan dan aku janji parti gabungan itu kepada para pemimpin parti komponen dan pengerusi perhubungan negeri BN di sini Isnin.

Ditanya tidakkah beliau bimbang untuk menghadapi kesan daripada kekecewaan yang mungkin dirasai mereka yang tidak terpilih sebagai calon, Najib berkata: "Saya lebih bimbang tentang kekecewaan rakyat."

Spekulasi tentang perang besar yang akan berlaku di Gelang Patah, Johor antara Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan penasihat DAP Lim Kit Siang, kini menjadi bertambah sahih apabila kawasan parlimen itu tidak terdapat dalam senarai calon yang dikeluarkan MCA hari ini.

Gelang Patah dimenangi MCA pada PRU 2008 dan parti itu dilaporkan merancang untuk meletakkan ketua bahagiannya Jason Teoh bertanding di kawasan berkenaan berikutan perkembangan yang berlaku selepas Lim mengumumkan keputusannya untuk bertanding bagi kerusi majoriti kaum Cina itu.

MCA dan Gerakan merupakan parti komponen BN paling awal mengumumkan senarai penuh calon masing-masing, manakala Parti Progresif Penduduk (PPP) pula menamakan empat daripada calonnya.

Esok, Umno, MIC dan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak dijangka mengumumkan calon mereka.

Kali ini, MCA akan bertanding di 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri, berbanding 40 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri pada PRU lepas. Selain Gelang Patah, parti itu juga tidak meletakkan calonnya bagi kerusi parlimen Kuantan dan Wangsa Maju.

Bekas presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan daripada mempertahankan kerusi parlimen Pandan di sini, manakala dua naib presidennya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, yang juga ketua Wanita MCA, dan Gan Ping Sieu, juga tidak disenaraikan sebagai calon.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang terlibat dalam pemilihan parti menentang dua presiden sebelum beliau, Ong Tee Keat dan Tan Sri Ong Ka Ting, untuk merebut jawatan presiden pada 2010, tidak akan bertanding, seperti yang beliau umumkan awal-awal lagi.

Kerusi parlimen Pandan kali ini akan ditandingi penasihat undang-undang MCA bahagian itu Garry Lim.

Presiden PPP Datuk Seri M. Kayveas muncul sebagai presiden parti komponen BN terbaru dan keempat yang tidak akan bertanding. Kayveas, yang menang kerusi parlimen Taiping pada 2004, tetapi kalah pada 2008, tidak tersenarai sebagai calon parti itu kali ini.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui merupakan dua lagi pemimpin yang sejak awal lagi mengumumkan bahawa mereka tidak akan menjadi calon.

Gerakan diperuntukkan 11 kerusi parlimen dan 31 kerusi negeri, kurang satu kerusi parlimen berbanding pada 2008. Parti ini mengalami kecederaan teruk apabila ia hanya menang dua kerusi parlimen dan lima kerusi negeri pada PRU lepas. Bagaimanapun, hasrat parti ini untuk kembali bertanding di Taiping, tercapai.

Naib presiden dan ketua wanitanya Datuk Tan Lian Hoe, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum ini, akan bertanding di kawasan situ - kali ketiga beliau bertanding bagi kerusi parlimen selepas mencatat kemenangan di Bukit Gantang pada 2004 dan Gerik pada 2008.

PPP, yang diberi peluang bertanding di kawasan parlimen Taiping serta kerusi negeri Pasir Bedamar di Perak pada 2008, kali ini akan bertanding bagi kerusi parlimen Kepong, dengan ketua penerangannya Datuk A. Chandrakumanan dipilih sebagai calon.

Parti itu juga akan meletakkan calonnya di empat kerusi negeri - Pasir Bedamar, Guchil (Kelantan), Kota Laksamana (Melaka) dan Kota Alam Shah di Selangor.

Najib, yang juga pengerusi BN Selangor, dijadual mengumumkan calon Umno yang akan bertanding di negeri itu esok, dalam usaha BN untuk memenangi semula negeri berkenaan daripada pakatan PKR-DAP-PAS.

Calon BN bagi 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi negeri akan menerima surat pelantikan masing-masing daripada ketua perhubungan negeri BN esok.

Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau mengambil kira sentimen dan harapan pemilih sebelum membuat keputusan untuk mengemukakan 33 peratus muka baharu bagi kerusi parlimen dan 49 peratus untuk kerusi negeri.

Najib berkata beliau yakin mereka yang dipilih sebagai calon mampu mengotakan aku janji BN seperti yang terkandung dalam manifestonya, yang dikeluarkan pada 6 April.

Beliau menggesa mereka yang tidak terpilih sebagai calon supaya terus memberi sokongan kepada parti itu kerana ia bukan kerana mereka gagal menunaikan tanggungjawab atau bermasalah, tetapi untuk memenuhi harapan pengundi dan masyarakat untuk menikmati perubahan.

Penamaan calon akan diadakan Sabtu ini, manakala hari mengundi ialah pada 5 Mei.

Sementara itu, pembangkang terus kehilangan sokongan apabila lebih 200 anggota PKR dan DAP berketurunan India di Paya Besar, Lunas, Kedah, menyertai MIC.

Di Pasir Puteh, Kelantan, setiausaha PAS Cawangan Danan Timur Ibrahim Ismail, 63, mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi negeri Selising kerana membantah keputusan parti itu meletakkan Saiful Baharin Mohamad untuk mempertahan kerusi berkenaan.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Button

Recommendation Bar

Recommendation Box

Subcribe Button

Shared Activity

Activity Feeds

Utusan Headlines

BLOG BN Headlines

My Headlines (Haramkah Online)

INFO PRU13 - AKUJANJI BN SELANGOR

Akujanji BN Selangor

Tentang Barisan Nasional Selangor

Organisasi kami, secara asasnya, terdiri dari gabungan parti-parti politik yang berpegang teguh kepada konsep Barisan Nasional. Gabungan 13 parti komponen ini mewakili keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, suku kaum atau kumpulan etnik.

Bersandarkan kekuatan berkumpulan yang nyata telah menjadikan Barisan Nasional sebagai sebuah parti politik yang besar, gagah, berbeza, adil dan berjaya dalam mentadbir negara, sejak dari era Parti Perikatan sehinggalah sekarang.

Berbeza dengan parti-parti politik yang lain, Barisan Nasional tidak lahir dari gagasan ideologi semata. Barisan Nasional lahir dari perjuangan rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat. Dengan meletakkan rakyat di barisan paling utama perjuangan, Barisan Nasional kekal dinamis dalam meneraju negara.

IKRAR

Kami Pewaris Bangsa memperakui betapa para Pengasas Negara bersatu hati dan berganding bahu dalam menubuhkan Parti Perikatan demi memperjuangkan kemerdekaan negara, dan mencipta prinsip pemuafakatan demi kemakmuran bersama.

Hari ini, KAMI ANAK MALAYSIA, Pendukung Barisan Nasional, berhimpun atas satu semangat, mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara, mendukung Perlembagaan Persekutuan, Institusi Raja Berpelembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen serta mengamalkan prinsip-prinsip asas Rukun Negara, bertekad dan berjanji serta berikrar, meneruskan perjuangan untuk bangsa dan negara, berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut:

PERTAMA, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, menghormati hak dan keistimewaan setiap rakyat sebagai warganegara, mengiktiraf kesaksamaan rakyat di sisi undang-undang, menjamin kebebasan institusi kehakiman dan membanteras jenayah bagi menzahirkan sebuah masyarakat yang aman, stabil, makmur dan selamat.

KEDUA, mempereratkan lagi hubungan antara kaum dan lapisan masyarakat, mencegah dan menentang segala bentuk ekstremisme dan rasisme, demi memupuk perpaduan bagi sebuah masyarakat majmuk berteraskan gagasan 1 Malaysia.

KETIGA, meneruskan usaha memajukan ekonomi negara melalui peningkatan daya saing, di samping memberikan komitmen terhadap pembahagian ekonomi yang adil dan mengekalkan kelestarian alam sekitar, menggalak penyertaan semua kaum dalam setiap bidang ekonomi dengan seimbang, demi memastikan nikmat kemakmuran dan kekayaan negara, dapat dikecapi bersama.

KEEMPAT, menjamin pendidikan berkualiti bagi semua, memperkasakan pembudayaan ilmu pengetahuan, sebagai asas pembentukan modal insan yang berketerampilan, serta memastikan pendidikan kebangsaan, menjadi wahana utama pembentukan insan yang mulia, demi pengukuhan perpaduan nasional.

KELIMA, meneruskan tradisi membela rakyat, dengan mengutamakan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial, peningkatan infrastruktur asas yang menyeluruh, serta menjadikan peningkatan kualiti hidup rakyat, sebagai petanda aras utama prestasi kerajaan Barisan Nasional.

KEENAM, memantapkan institusi keluarga, menggalakkan penyertaan wanita, belia, orang kurang upaya dan isi rumah secara berkesan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara, serta memperkasa peranan golongan muda dan masyarakat sivil sebagai rakan utama dalam pembinaan negara; dan

KETUJUH, mendukung prinsip tadbir urus yang baik dan menolak amalan rasuah, menyokong dan membantu meningkatkan integriti dan kecekapan agensi kerajaan, dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan menghayati konsep “Rakyat Didahulukan” sebagai asas pewujudan kerajaan yang mengutamakan pencapaian dalam memenuhi keperluan dan harapan rakyat.

Inilah ikrar dan tekad kami, Pendukung Barisan Nasional, demi kesejahteraan semua rakyat dan generasi akan datang, dalam meneruskan perjuangan murni mewujudkan perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, dengan keazaman semangat 1 Malaysia, dengan mendahulukan rakyat, kami berikrar dan bertekad untuk mencapai wawasan negara, dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang, bagi negara Malaysia.

BARISAN BN BARU PRU13

BN Baru
PASUKAN TRANSFORMASI
Saya dengan berbesar hati mengumumkan senarai calon yang akan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13. Ia adalah senarai yang seimbang dengan menggabungkan individu berpengalaman dengan mereka yang masih muda dan mempunyai idea baru dalam melaksanakan dasar transformasi kita. Kami sedar, masa telah berubah dan sebab itulah Barisan Nasional juga akan sentiasa mengikut arus perubahan.

Setiap calon tidak kira lelaki mahupun wanita yang dipilih mewakili Barisan Nasional mempunyai semangat dedikasi yang tinggi untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Saya harap anda juga bersemangat untuk memberi peluang kepada calon-calon yang merupakan generasi baru kepada kepimpinan negara kita itu. Untuk itu, saya seru anda mengambil masa untuk mengenali mereka dengan lebih rapat lagi serta mendengar penjelasan mengenai kemajuan serta wawasan yang ingin mereka bawa ke kawasan yang ditandinginya serta kepada negara kita.

My Headlines

My Headlines 1a

My Headlines 1b

My Headlines 2