Merangkumi perjalanan hidup peribadi admin dari peringkat kanak kanak hinggalah hari ini. Meliputi pelbagai aspek kehidupan dan kerohanian lebih lebih lagi dalam kehidupan berkeluarga. Turut memaparkan pengalaman dan realiti dalam kehidupan sebenar admin sebagai pencapaian fizikal dan secara moral meningkatkan tahap kehidupan seadanya. Terkini terlibat mengendalikan PDM Seri Putra - Perancangan Strategik dan Komunikasi. Terima Kasih, Wasalam.
Monday 15 April 2013
Anwar Ibrahim: Pengumuman Calon-Calon PKR Negeri Selangor
HASAN ALI LEBIH HEBAT DARIPADA MAT SABU !!!
Ramainyer penyokong Pas yang mendengar ceramah Timbalan Presiden Pas Mat Sabu cuba lihat di bawah ini
Ini pulak ceramah oleh YB Datuk Dr Hasan Ali dikawasan yang sama dan waktu yang sama cuma tempat sahaja yang berbeza
Apakah makna ini semua, adakah umat Islam masih memilih Timbalan Presiden PAS yang pernah berkhalwat dengan bini orang. Kalau inilah 'standard' Timbalan Presiden Pas maknanya umat Islam sudah benci dengan PAS.
Sunday 14 April 2013
Solat UMNO Tak Sah, Fatwa Baru Nik Aziz
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi mengeluarkan fatwa baru apabila mengatakan solat ahli Umno adalah tidak sah dan tidak diterima Allah kerana Umno katanya menolak Islam. Beliau yang juga merupakan Mursyidul Am PAS dan digelar Tok Guru oleh pengikut dan pemimpin PAS turut berkata solat mereka yang memberikan sokongan kepada Umno dan ahlinya juga mendapat pahala.
Ahli Umno jelasnya adalah mereka yang tolak Islam dan PAS adalah parti yang menerima Islam secara keseluruhannya.
Nik Aziz ketika berucap di Kampung Jambu, di Kelantan berkata, Umno tidak mengamalkan dasar Islam dalam mentadbir negara ini, sebaliknya dasar kebangsaan yang menjadi amalan pentadbiran Umno sejak sekian lama menolak dasar Islam, dan ibadah termasuk sembahyang ahli Umno tidak diterima Allah.
Beliau juga turut mendakwa pelbagai projek yang dilaksanakan kerajaan pusat di Kelantan semata-mata untuk ‘mengenyangkan’ beberapa kontraktor kroni yang dilantik menguruskan projek itu.
Malah, manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak baru-baru ini juga jelasnya mengarut kerana menolak Islam.
“Dia (kerajaan pusat) buat masjid, bukan hendakkan Islam… nakkan kontraktor sahaja. Yang pentingnya, kenapa tak beri projek pusat dikendalikan oleh kerajaan Kelantan? Kerana apa melalui JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan)?.
“Tentu ada benda, sambil menyelam, sambil minum. Umno ini sambil menyelam sambil bekwoh (kenduri), bukan setakat minum sahaja,” dakwanya.
“Buat la apa sahaja pun, asalkan tolak Islam, semua mengarut,” katanya.
Nik Aziz, yang telah memerintah Kelantan sejak sekian lama juga sebelum ini pernah menuduh ahli dan pemimpin Umno murtad kerana parti itu tidak menjalankan pentadbiran mengikut lunas Islam.
Mungkin Nik Aziz buta, ataupun membutakan dirinya kerana masyarakat Islam dunia sendiri mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam.
Malah, Malaysia juga merupakan anggota aktif dalam pertubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sehingga membolehkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) ditubuhkan.
Peranan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan moden turut dijadikan contoh banyak negara luar, malah, Malaysia adalah negara pelopor dalam sistem kewangan Islam hinggakan negara luar turut menjadikan sistem perbankan Islam sebagai alternatif kepada sistem kewangan konvensional.
Mungkin Islam yang dimaksudkan Nik Aziz adalah Islam ala PAS yang mengajar pengikutnya memaki hamun sesama Islam dan pernah suatu ketika dahulu menimbulkan krisis apabila sembelihan dan pernikahan dengan ahli Umno tidak sah.
Menuduh saudara sesama islam sebagai kafir adalah tuduhan yang amat berat di sisi Islam, dan dengan dakwaan sedemikian, Nik Aziz seharusnya bertaubat sebelum terlambat.
Artikel disiar pada 10/04/2013 - 1:45 pm oleh Zulkifli Rawi
Saturday 13 April 2013
TERIMA KASIH MALAYSIA (W/LYRICS) [HD]
BN Government With Fresh Mandate Can Generate More Wealth For People - Najib
IPOH, April 9 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today a Barisan Nasional (BN) government with a fresh mandate would be able to generate more wealth for distribution among the various communities in the country.
He said the BN, through its philosophy of moderation and power-sharing and representing the various communities, had ensured that the people lived in peace and harmony and there was intensive economic growth.
"The best is yet to come. We have delivered so much. With a strong mandate we can even do better in the future. I promise you that.
"I have asked myself what else the Chinese want? They want security; they want harmony. What else do they want? They want a government that is fair and just," he said at a luncheon with representatives of Perak non-governmental organisations at the Tow Boh Keong Temple hall, here.
Najib said all these would be fulfilled if the BN was given a bigger mandate in the coming general election.
The prime minister said the moderation practised by the BN was also key to the survival and success of the country.
"Imagine having a party that comprises people whose philosophy and ideology are at opposite goals or extremes. Do you think that they can form a viable government?
"The answer is they are not likely to be able to form a stable and viable government. That is why as Malaysians we must reject extremism.
"If you believe in moderation, support the BN," he said.
Najib said that over the past 55 years, the BN government had proven that it could ensure a stable developing Malaysia and that the national transformation agenda implemented over the past four years had brought changes and progress to the country.
Najib said various initiatives had been launched for the well-being of the people and this had been executed with the cooperation of the BN federal and state governments.
"There is much more that we can do in the future. The opposition pact has only fulfilled 15 per cent of the promises it had made during the general election in 2008.
"As such, I would like to propose that the name Pakatan Rakyat be changed to Pakatan 15 Per Cent because that is only what they have done," he said.
Najib said the BN government had brought about plenty of changes and the people should place their trust in the BN to bring about a better future for them.
"We are not a populist government. We do everything for the people and we know how to generate wealth for the country. If we generate more wealth, the wealth will be channelled to the people," he said.
The prime minister reminded the people that no country in the world could give everything free to the people.
"If it can be done, other countries would have done it," he said, and reminded the people against falling for the empty promises of the opposition.
-- BERNAMA
Friday 12 April 2013
SERI PUTRA: JAWAPAN MUSTAFA ALI .............CHECKMATE MUSTAFA ALI !!! VIDEO ZINA SETIAUSAHA A...
1Barisan
JAWAPAN MUSTAFA ALI.................
Like Button
Recommendation Bar
Recommendation Box
Subcribe Button
Shared Activity
Activity Feeds
Utusan Headlines
BLOG BN Headlines
My Headlines (Haramkah Online)
INFO PRU13 - AKUJANJI BN SELANGOR
Akujanji BN Selangor
Organisasi kami, secara asasnya, terdiri dari gabungan parti-parti politik yang berpegang teguh kepada konsep Barisan Nasional. Gabungan 13 parti komponen ini mewakili keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, suku kaum atau kumpulan etnik.
Bersandarkan kekuatan berkumpulan yang nyata telah menjadikan Barisan Nasional sebagai sebuah parti politik yang besar, gagah, berbeza, adil dan berjaya dalam mentadbir negara, sejak dari era Parti Perikatan sehinggalah sekarang.
Berbeza dengan parti-parti politik yang lain, Barisan Nasional tidak lahir dari gagasan ideologi semata. Barisan Nasional lahir dari perjuangan rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat. Dengan meletakkan rakyat di barisan paling utama perjuangan, Barisan Nasional kekal dinamis dalam meneraju negara.
IKRAR
Kami Pewaris Bangsa memperakui betapa para Pengasas Negara bersatu hati dan berganding bahu dalam menubuhkan Parti Perikatan demi memperjuangkan kemerdekaan negara, dan mencipta prinsip pemuafakatan demi kemakmuran bersama.
Hari ini, KAMI ANAK MALAYSIA, Pendukung Barisan Nasional, berhimpun atas satu semangat, mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara, mendukung Perlembagaan Persekutuan, Institusi Raja Berpelembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen serta mengamalkan prinsip-prinsip asas Rukun Negara, bertekad dan berjanji serta berikrar, meneruskan perjuangan untuk bangsa dan negara, berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut:
PERTAMA, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, menghormati hak dan keistimewaan setiap rakyat sebagai warganegara, mengiktiraf kesaksamaan rakyat di sisi undang-undang, menjamin kebebasan institusi kehakiman dan membanteras jenayah bagi menzahirkan sebuah masyarakat yang aman, stabil, makmur dan selamat.
KEDUA, mempereratkan lagi hubungan antara kaum dan lapisan masyarakat, mencegah dan menentang segala bentuk ekstremisme dan rasisme, demi memupuk perpaduan bagi sebuah masyarakat majmuk berteraskan gagasan 1 Malaysia.
KETIGA, meneruskan usaha memajukan ekonomi negara melalui peningkatan daya saing, di samping memberikan komitmen terhadap pembahagian ekonomi yang adil dan mengekalkan kelestarian alam sekitar, menggalak penyertaan semua kaum dalam setiap bidang ekonomi dengan seimbang, demi memastikan nikmat kemakmuran dan kekayaan negara, dapat dikecapi bersama.
KEEMPAT, menjamin pendidikan berkualiti bagi semua, memperkasakan pembudayaan ilmu pengetahuan, sebagai asas pembentukan modal insan yang berketerampilan, serta memastikan pendidikan kebangsaan, menjadi wahana utama pembentukan insan yang mulia, demi pengukuhan perpaduan nasional.
KELIMA, meneruskan tradisi membela rakyat, dengan mengutamakan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial, peningkatan infrastruktur asas yang menyeluruh, serta menjadikan peningkatan kualiti hidup rakyat, sebagai petanda aras utama prestasi kerajaan Barisan Nasional.
KEENAM, memantapkan institusi keluarga, menggalakkan penyertaan wanita, belia, orang kurang upaya dan isi rumah secara berkesan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara, serta memperkasa peranan golongan muda dan masyarakat sivil sebagai rakan utama dalam pembinaan negara; dan
KETUJUH, mendukung prinsip tadbir urus yang baik dan menolak amalan rasuah, menyokong dan membantu meningkatkan integriti dan kecekapan agensi kerajaan, dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan menghayati konsep “Rakyat Didahulukan” sebagai asas pewujudan kerajaan yang mengutamakan pencapaian dalam memenuhi keperluan dan harapan rakyat.
Inilah ikrar dan tekad kami, Pendukung Barisan Nasional, demi kesejahteraan semua rakyat dan generasi akan datang, dalam meneruskan perjuangan murni mewujudkan perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, dengan keazaman semangat 1 Malaysia, dengan mendahulukan rakyat, kami berikrar dan bertekad untuk mencapai wawasan negara, dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang, bagi negara Malaysia.
BARISAN BN BARU PRU13
Setiap calon tidak kira lelaki mahupun wanita yang dipilih mewakili Barisan Nasional mempunyai semangat dedikasi yang tinggi untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Saya harap anda juga bersemangat untuk memberi peluang kepada calon-calon yang merupakan generasi baru kepada kepimpinan negara kita itu. Untuk itu, saya seru anda mengambil masa untuk mengenali mereka dengan lebih rapat lagi serta mendengar penjelasan mengenai kemajuan serta wawasan yang ingin mereka bawa ke kawasan yang ditandinginya serta kepada negara kita.