Merangkumi perjalanan hidup peribadi admin dari peringkat kanak kanak hinggalah hari ini. Meliputi pelbagai aspek kehidupan dan kerohanian lebih lebih lagi dalam kehidupan berkeluarga. Turut memaparkan pengalaman dan realiti dalam kehidupan sebenar admin sebagai pencapaian fizikal dan secara moral meningkatkan tahap kehidupan seadanya. Terkini terlibat mengendalikan PDM Seri Putra - Perancangan Strategik dan Komunikasi. Terima Kasih, Wasalam.
Thursday, 9 May 2013
ANAKNILAI BLOGGERS GROUP (ABG): ANWAR MEMANG PENGKHIANAT DAN PETUALANG NEGARA !!!
BLOG ABG
Wednesday, 8 May 2013
Shen Yee Aun tentang Isu Politik DAP & Cybertrooper Red Bean Army
Shen Yee Aun tentang Isu Politik DAP & Cybertrooper Red Bean Army
Monday, 6 May 2013
ANAKNILAI BLOGGERS GROUP (ABG): TERKINI #PRU13 : KEPUTUSAN PENUH ( RASMI ) KERUS...
BLOG ABG
ANAKNILAI BLOGGERS GROUP (ABG): TERKINI #PRU13 : KEPUTUSAN PENUH DEWAN RAKYAT PRU1...
BLOG ABG
ANAKNILAI BLOGGERS GROUP (ABG): TERKIN!!! KEPUTUSAN KERUSI PARLIMEN SETAKAT 3.45A...
BLOG ABG
Sunday, 5 May 2013
PENIPU BESAR DALAM DUNIA ADALAH ANWAR IBRAHIM - TUN M
Like Button
Recommendation Bar
Recommendation Box
Subcribe Button
Shared Activity
Activity Feeds
Utusan Headlines
BLOG BN Headlines
My Headlines (Haramkah Online)
INFO PRU13 - AKUJANJI BN SELANGOR
Akujanji BN Selangor
Organisasi kami, secara asasnya, terdiri dari gabungan parti-parti politik yang berpegang teguh kepada konsep Barisan Nasional. Gabungan 13 parti komponen ini mewakili keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, suku kaum atau kumpulan etnik.
Bersandarkan kekuatan berkumpulan yang nyata telah menjadikan Barisan Nasional sebagai sebuah parti politik yang besar, gagah, berbeza, adil dan berjaya dalam mentadbir negara, sejak dari era Parti Perikatan sehinggalah sekarang.
Berbeza dengan parti-parti politik yang lain, Barisan Nasional tidak lahir dari gagasan ideologi semata. Barisan Nasional lahir dari perjuangan rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat. Dengan meletakkan rakyat di barisan paling utama perjuangan, Barisan Nasional kekal dinamis dalam meneraju negara.
IKRAR
Kami Pewaris Bangsa memperakui betapa para Pengasas Negara bersatu hati dan berganding bahu dalam menubuhkan Parti Perikatan demi memperjuangkan kemerdekaan negara, dan mencipta prinsip pemuafakatan demi kemakmuran bersama.
Hari ini, KAMI ANAK MALAYSIA, Pendukung Barisan Nasional, berhimpun atas satu semangat, mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara, mendukung Perlembagaan Persekutuan, Institusi Raja Berpelembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen serta mengamalkan prinsip-prinsip asas Rukun Negara, bertekad dan berjanji serta berikrar, meneruskan perjuangan untuk bangsa dan negara, berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut:
PERTAMA, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, menghormati hak dan keistimewaan setiap rakyat sebagai warganegara, mengiktiraf kesaksamaan rakyat di sisi undang-undang, menjamin kebebasan institusi kehakiman dan membanteras jenayah bagi menzahirkan sebuah masyarakat yang aman, stabil, makmur dan selamat.
KEDUA, mempereratkan lagi hubungan antara kaum dan lapisan masyarakat, mencegah dan menentang segala bentuk ekstremisme dan rasisme, demi memupuk perpaduan bagi sebuah masyarakat majmuk berteraskan gagasan 1 Malaysia.
KETIGA, meneruskan usaha memajukan ekonomi negara melalui peningkatan daya saing, di samping memberikan komitmen terhadap pembahagian ekonomi yang adil dan mengekalkan kelestarian alam sekitar, menggalak penyertaan semua kaum dalam setiap bidang ekonomi dengan seimbang, demi memastikan nikmat kemakmuran dan kekayaan negara, dapat dikecapi bersama.
KEEMPAT, menjamin pendidikan berkualiti bagi semua, memperkasakan pembudayaan ilmu pengetahuan, sebagai asas pembentukan modal insan yang berketerampilan, serta memastikan pendidikan kebangsaan, menjadi wahana utama pembentukan insan yang mulia, demi pengukuhan perpaduan nasional.
KELIMA, meneruskan tradisi membela rakyat, dengan mengutamakan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial, peningkatan infrastruktur asas yang menyeluruh, serta menjadikan peningkatan kualiti hidup rakyat, sebagai petanda aras utama prestasi kerajaan Barisan Nasional.
KEENAM, memantapkan institusi keluarga, menggalakkan penyertaan wanita, belia, orang kurang upaya dan isi rumah secara berkesan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara, serta memperkasa peranan golongan muda dan masyarakat sivil sebagai rakan utama dalam pembinaan negara; dan
KETUJUH, mendukung prinsip tadbir urus yang baik dan menolak amalan rasuah, menyokong dan membantu meningkatkan integriti dan kecekapan agensi kerajaan, dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan menghayati konsep “Rakyat Didahulukan” sebagai asas pewujudan kerajaan yang mengutamakan pencapaian dalam memenuhi keperluan dan harapan rakyat.
Inilah ikrar dan tekad kami, Pendukung Barisan Nasional, demi kesejahteraan semua rakyat dan generasi akan datang, dalam meneruskan perjuangan murni mewujudkan perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, dengan keazaman semangat 1 Malaysia, dengan mendahulukan rakyat, kami berikrar dan bertekad untuk mencapai wawasan negara, dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang, bagi negara Malaysia.
BARISAN BN BARU PRU13
Setiap calon tidak kira lelaki mahupun wanita yang dipilih mewakili Barisan Nasional mempunyai semangat dedikasi yang tinggi untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Saya harap anda juga bersemangat untuk memberi peluang kepada calon-calon yang merupakan generasi baru kepada kepimpinan negara kita itu. Untuk itu, saya seru anda mengambil masa untuk mengenali mereka dengan lebih rapat lagi serta mendengar penjelasan mengenai kemajuan serta wawasan yang ingin mereka bawa ke kawasan yang ditandinginya serta kepada negara kita.