BARISAN NASIONAL - WADAH PERJUANGAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA

BARISAN NASIONAL - WADAH PERJUANGAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA
PDM Seri Putra, DUN Morib, Parlimen

Pencapaian Gagasan 1Malaysia

Pencapaian Gagasan 1Malaysia
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan (KLIK UNTUK REDIRECT ke http://www.1malaysia.com.my/my/ )

PDM Seri Putra

PDM Seri Putra
N53 DUN MORIB, P112 PARLIMEN KUALA LANGAT

Saturday 20 April 2013

INFO TERKINI #PRU13 - NEGERI SELANGOR : CALON LAYAK BERTANDING PARLIMEN PRU13 2013





SENARAI CALON YANG DISAHKAN LAYAK BERTANDING
PARLIMEN BAGI NEGERI SELANGOR, 2013
BAHAGIAN PILIHAN RAYANAMA PENUHPARTISTATUS


P. 092 - SABAK BERNAM
1. ABDUL AZIZ BIN BARIPKRLAYAK BERTANDING
2. MOHD FASIAH BIN MOHD FAKEHBNLAYAK BERTANDING


P. 093 - SUNGAI BESAR
1. MOHAMED SALLEH BIN M HUSINPASLAYAK BERTANDING
2. NORIAH BINTI KASNONBNLAYAK BERTANDING


P. 094 - HULU SELANGOR
1. SANTHARA KUMAR A/L RAMANAIDUBEBASLAYAK BERTANDING
2. RADZALI BIN MOKHTARBEBASLAYAK BERTANDING
3. KHALID BIN JAAFARPKRLAYAK BERTANDING
4. P.KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHANBNLAYAK BERTANDING


P. 095 - TANJONG KARANG
1. MASRUN BIN TAMSIBEBASLAYAK BERTANDING
2. NOH BIN OMARBNLAYAK BERTANDING
3. MOHAMAD RASHDI BIN DERAMANPASLAYAK BERTANDING


P. 096 - KUALA SELANGOR
1. DZULKEFLY BIN AHMADPASLAYAK BERTANDING
2. IRMOHIZAM BIN IBRAHIMBNLAYAK BERTANDING


P. 097 - SELAYANG
1. WILLIAM LEONG JEE KEENPKRLAYAK BERTANDING
2. LIM SIANG CHAIBNLAYAK BERTANDING
3. HAJI MOHD HAZIZI BIN AB. RAHMANBERJASALAYAK BERTANDING


P. 098 - GOMBAK
1. MOHAMED AZMIN BIN ALIPKRLAYAK BERTANDING
2. SAID NAZAR BIN ABU BAKERBEBASLAYAK BERTANDING
3. RAMAN BIN ISMAILBNLAYAK BERTANDING


P. 099 - AMPANG
1. ZURAIDA BINTI KAMARUDDINPKRLAYAK BERTANDING
2. ROZAIDAH BINTI TALIBBNLAYAK BERTANDING


P. 100 - PANDAN
1. MOHD RAFIZI BIN RAMLIPKRLAYAK BERTANDING
2. TAN YEW LENGBEBASLAYAK BERTANDING
3. LIM CHIN YEEBNLAYAK BERTANDING


P. 101 - HULU LANGAT
1. ADZHALIZA BINTI MOHD NORBNLAYAK BERTANDING
2. CHE ROSLI BIN CHE MATPASLAYAK BERTANDING


P. 102 - SERDANG
1. YAP PIAN HONBNLAYAK BERTANDING
2. ONG KIAN MINGDAPLAYAK BERTANDING


P. 103 - PUCHONG
1. GOBIND SINGH DEODAPLAYAK BERTANDING
2. A. KOHILAN PILLAY A/L G. APPUBNLAYAK BERTANDING


P. 104 - KELANA JAYA
1. LOH SENG KOKBNLAYAK BERTANDING
2. TOH SIN WAHBEBASLAYAK BERTANDING
3. WONG CHENPKRLAYAK BERTANDING


P. 105 - PETALING JAYA SELATAN
1. IBRAHIM BIN KHATIBBEBASLAYAK BERTANDING
2. HEE LOY SIANPKRLAYAK BERTANDING
3. SHEAH KOK FAHBNLAYAK BERTANDING


P. 106 - PETALING JAYA UTARA
1. CHEW HOONG LINGBNLAYAK BERTANDING
2. PUA KIAM WEEDAPLAYAK BERTANDING


P. 107 - SUBANG
. SIVARASA A/L K. RASIAHPKRLAYAK BERTANDING
. PAKAS RAO A/L APPLANAIDOOBNLAYAK BERTANDING
. EDROS BIN ABDULLAHBEBASLAYAK BERTANDING
. MOHAMAD BIN ISMAILBERJASALAYAK BERTANDING
. NAZARUDDIN BIN MOHAMED FERDOOSBEBASLAYAK BERTANDING


P. 108 - SHAH ALAM
1. KHALID BIN ABD SAMADPASLAYAK BERTANDING
2. ZULKIFLI BIN NOORDINBNLAYAK BERTANDING


P. 109 - KAPAR
1. SAKTHIVEL A/L ALAGAPPANBNLAYAK BERTANDING
2. NORHAMZAH BIN SURATMANBEBASLAYAK BERTANDING
3. PALAYA A/L RENGAIAHBEBASLAYAK BERTANDING
4. MOHD PATHAN BIN HUSSINBERJASALAYAK BERTANDING
5. G MANIVANNAN A/L GOWINDASAMYPKRLAYAK BERTANDING
6. MOHD NAZRI BIN ABDUL AZIZBEBASLAYAK BERTANDING


P. 110 - KLANG
1. TEH KIM POOBNLAYAK BERTANDING
2. CHARLES ANTHONY A/L R. SANTIAGODAPLAYAK BERTANDING


P. 111 - KOTA RAJA
1. UTHAYAKUMARBEBASLAYAK BERTANDING
2. MURUGESAN A/L SINNANDAVARBNLAYAK BERTANDING
3. AZMAN BIN IDRUSBEBASLAYAK BERTANDING
4. SITI MARIAH BINTI MAHMUDPASLAYAK BERTANDING


P. 112 - KUALA LANGAT
1. SHARUDDIN BIN OMARBNLAYAK BERTANDING
2. KOTTAPPAN A/L SUPPAIAHBEBASLAYAK BERTANDING
3. ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMIDPKRLAYAK BERTANDING


P. 113 - SEPANG
1. HANAPIAH BIN MOHAMADBEBASLAYAK BERTANDING
2. SUHAIMI BIN MOHD GHAZALIBEBASLAYAK BERTANDING
3. MOHD ZIN BIN MOHAMEDBNLAYAK BERTANDING
4. MOHAMED HANIPA BIN MAIDINPASLAYAK BERTANDING

JUMLAH KESELURUHAN64
20/04/2013 21:07:38

#PRU13 LATEST : DAP LEBIH BAIK DIHARAMKAN - ADAPUN BANYAK MENYUSAHKAN RAKYAT...........


dAP Jangan Main Isu Roket Raih Simpati

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan DAP supaya tidak memanipulasikan isu penggunaan lambang roket kerana ia sudah pun dibenar untuk digunakan bagi mewakili mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang percubaan untuk memainkan isu tersebut dalam kempen-kempennya adalah semata-mata bertujuan meraih undi dan simpati sedangkan masalahitu sudah diselesaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Ini sudah diputuskan (penggunaan lambang roket oleh DAP), jadi kita harap pemimpin DAPtidak memutarbelikan (fakta) atau menunjukkan rasa kasihan dan teraniaya.
“Ada juga tanggapan ini perbuatan Umno, ini hak Pendaftar Pertubuhan (ROS). Satu ketikaUmno diharamkan dan bukan dihapuskan pada 1988.
“Waktu itu saya di Johor, terkejut sayaUmno diharamkan tapi kita terpaksa hidupkan semula.
“Dalam kes ini bukan (DAP) diharamkan, itu maklumat yang diterima daripada ROS. Kita tidak campur tangan dalam soal DAP,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Tengah, Sungai Terap, di Muar, Jumaat.
SPR semalam mengesahkan bahawa DAP boleh menggunakan lambang roket untuk bertanding dalam PRU-13 dan ia dibenarkan walaupun siasatan ROS berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa
Kerja Pusat (CEC) parti itu masih berjalan.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, perkara itu sudah dijelaskan oleh ROS dan masalah DAP sebelum ini ialah berkaitan pemilihan CEC yang dikatakan tidak sah.
Mengenai nasihat SPR supaya calon yang akan menyerahkan borang penyertaan pada hari penamaan calon pada Sabtu agar tidak datang beramai-ramai, Muhyiddin menasihatkan para penyokong menjaga tingkah laku masing-masing.
Katanya yang dicalonkan di kerusi Parlimen Pagoh, BN boleh memberi jaminan para penyokong yang mengiring calon masing-masing tidak akan melakukan sebarang kelakuan yang boleh menimbulkan ketegangan atau panas.
“Kita dalam parti ni tahulah kerana bersemangat, hendak menunjukkan menyokong kepada parti, tidak boleh duduk diam kat rumah, hendak keluar rumah juga untuk lihat apa yang berlaku. Apa yang penting suasana perlu sentiasa aman.
“Saya fikir BN boleh berikan jaminan (tidak berlaku apa-apa), jika ada pun, jumlah yangmenghantar tidak ramai sehingga boleh jejaskan keamanan juga timbulkan keadaan huru hara.
Kita sedar dalam keadaan PRU yang panas, keadaan itu membimbangkan tetapi kita boleh bagi jaminan keadaan ini tidak berlaku,” katanya.

Thursday 18 April 2013

Najib Razak : Majlis Penghargaan OPS Daulat

anaknilai

Terkini #PRU13 : MANIFESTO KHAS BN SELANGOR TAMBAT HATI RAKYAT SELANGOR - SELAMAT TINGGAL PR...........

Manifesto Khas BN Untuk Rakyat Negeri Selangor Pada PRU-13

Malah, dalam manifesto BN Selangor yang dilancarkan malam ini, BN juga berjanji menukar meter bekalan air pukal, yang digunakan di rumah pangsa dan kondominium, kepada meter individu secara percuma.

najib razak bn selangor manifesto 170413

Isu air di negeri itu sentiasa menjadi pertikaian berpanjangan antara kedua-dua BN dan Pakatan, termasuk dalam isu cubaan mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) oleh kerajaan negeri.

Sebelum ini, penghuni rumah pangsa menghadapi masalah mendapatkan air percuma kerana kediaman mereka menggunakan meter pukal yang diselia oleh pihak pengurusan bangunan berkaitan.

Ia antara janji Pakatan yang paling popular, yang dilihat menjadi katalis kepada kejayaan Pakatan merampas negeri terkaya di Malaysia itu dalam pilihan raya umum ke-13 lima tahun lalu.

Beruntungnya saya yang tinggal di Negeri Selangor kerana mendapat janji Manifesto Khas dari kerajaan BN yang telah tewas dalam PRU-12 lalu, antaranya janji bekalan air percuma 20 meter padu sebulan yang jumlahnya lebih kurang dalam RM 11.50.

Semenjak Pakatan Rakyat memerintah selepas PRU-12 lalu saya antara pengguna yang mendapat bekalan air percuma sepanjang 5 tahun kerana penggunaan bulanan kami sekeluarga selalunya kurang dari RM 12.

Di bawah di senaraikan janji-janji dari Manifesto BN Khas untuk rakyat negeri Selangor, yang diumumkan malam ini oleh PM Najib, menggunakan tema 'Keamanan Kestabilan, Kemakmuran' menumpukan kepada 7 agenda utama, iaitu:
  1. Masa depan lebih cerah.
  2. Masyarakat lebih prihatin, lebih penyayang.
  3. Kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera.
  4. Perumahan lebih mampu milik.
  5. Selangor lebih inovatif, lebih daya saing.
  6. Selangor lebih progresif.
  7. Selangor lebih mesra, alam lebih bersih.
Masa depan lebih cerah
  • Bantuan Sara Hidup minimum RM250 kepada ibu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin yang layak
  • Klinik Rakyat 1Malaysia di seluruh Selangor dan penubuhan pusat setempat untuk hemodialisis, penyakit kronik dan kesuburan wanita.
  • Naik taraf Taska KEMAS kepada PERMATA
  • Pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas di bandar utama
  • Semakan dan penurunan cukai pintu, cukai tanah dan cukai perniagaan yangdinaikkan kerajaan pakatan pembangkang
  • Pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah dan rumah PPRyang berdaftar dengan e-Kasih
  • Perkhidmatan pengangkutan awam yang menghubungkan taman perumahan dengan stesen KTM Komuter, LRT dan MRT
  • Kedai Menu Rakyat 1Malaysia di kawasan bandar dan separuh bandar
  • Biasiswa Kecil Yayasan Selangor RM80 sebulan untuk pelajar sekolah rendah dan RM150 untuk pelajar sekolah menengah yang memerlukan
  • Baju seragam sekolah dan beg sekolah percuma kepada pelajar sekolah miskin
  • Kupon pengangkutan 'Sayangi Selangor' percuma ke sekolah untuk pelajar miskin yang layak

Masyarakat lebih prihatin lebih penyayang
  • Dana khas aktiviti kemasyarakatan RM5,000 setahun kepada persatuan penduduk, kampung tradisi dan kampung baru
  • Dana khas pengurusan RM5,000 sebulan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB)berdaftar
  • Mewujudkan Majlis Perwakilan Perbandaran dengan peruntukan RM5,000 setahun
  • Dana khas RM5,000 setahun kepada JK Penduduk Ladang (JKPL)
  • Bantuan peruntukan pengurusan sehingga RM1,000 untuk kelab sosial tempatan berdaftar dan Persatuan Perkhidmatan Awam negeri Insentif sehingga RM5,000 setahun untuk Rukun Tetangga tempatan
  • Bantuan kewangan, pengurusan dan pembangunan sehingga RM5,000 mengikut kadar setara kepada masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam berdaftar
  • Menyedia dan menaiktaraf krematorium yang sistematik dan canggih untuk bukan Islam di semua sembilan buah daerah di Selangor
  • Menyediakan kemudahan WIFI dan Pusat Jalur Lebar percuma untuk komuniti di kawasan strategik seluruh Selangor
  • Menyediakan kemudahan taman tema, pusat rekreasi tempatan dan kemudahan sukan di setiap daerah untuk rakyat terutama golongan sudah berkeluarga

Kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera
  • Menaiktaraf dan menambah bilangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada 12 kepada 14 PBT baharu: Majlis Perbandaran Bangi dan Majlis Perbandaran Kota Raja (Klang Selatan)
  • Bandar dan komuniti selamat (Selangor safe city) di kesemua 14 PBT akan diperluas ke seluruh Selangor menjelang 2020.
  • Meningkatkan infrastruktur keselamatan berintegrasi untuk mencegah jenayah, keselamatan dan bencana.
  • Memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah
  • Menyediakan pasukan Rapid Response Team berkaitan jenayah, kemalangan dan bencana.
  • Pusat Khidmat Rakyat Selangor (PAKAR) di semua 14 PBT untuk bantu permasalahan rakyat dan memperkasa sistem maklum balas kerajaan dan fasilitasi janji Manifesto BN Selangor.

Perumahan lebih mampu milik
  • Kembalikan peranan utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Selangor
  • Skim perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana
  • 25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan PPRT untuk penduduk pinggiran/luar bandar bernilai RM50,000
  • 15,000 unit rumah berkeluasan minimum 850 kaki persegi untuk golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dengan harga jualan di bawah RM80,000
  • Skim Perumahan Patriot Sayangi Selangor untuk Bekas Tentera, Polis dan Penjawat Awam/agensi kerajaan negeri
  • Perumahan awam dan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) untuk masyarakat pinggiran/luar bandar dan pekerja ladang
  • Lif, utiliti gunasama dan penyelenggaraan mengecat bagi rumah pangsa PKNS dan rumah kos rendah PPR - perbelanjaan berkaitan akan ditanggung kerajaan negeri
  • Air percuma 20m padu dan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma
  • Bantuan baik pulih rumah untuk rakyat miskin di bawah 1MDB
  • Penyelesaian komprehensif untuk perumahan generasi kedua dan ketiga Felda
  • Menyediakan dan menambah bilangan Rumah Transit Rakyat Sayangi Selangor untuk individu bujang dan baru berkeluarga yang baru berhijrah ke kawasan bandar seperti Gombak, Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang
  • Pembukaan kawasan baharu petempatan tersusun dengan kemudahan infrastruktur dan bayaran premium minimum di Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selayang, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang.

Selangor lebih inovatif, lebih daya saing
  • Mengembalikan peranan utama Yayasan Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Universiti Selangor sebagai institusi kecemerlangan pendidikan anak Selangor
  • Peruntukan pembayaran sekaligus sebanyak RM500 bagi setiap kelahiran baharu anak Selangor sebagai deposit awal tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional
  • Biasiswa untuk golongan miskin dan Pinjaman Boleh Ubah sehingga RM80,000 untuk anak Selangor cemerlang ke universiti untuk ijazah pertama
  • Baucar Buku Sayangi Selangor RM200 untuk pelajar Selangor yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM
  • Baucar Siswa Sayangi Selangor sebanyak RM1,000 bagi anak Selangor yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi kursus Diploma dan RM1,500 bagi Ijazah Sarjana Muda
  • Interaktif Tuisyen Rakyat Sayangi Selangor, tuisyen percuma untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM secara dalam talian
  • Meluaskan Kedai Buku 1Malaysia
  • Tabung Khas Pendidikan RM10 juta bagi anak-anak pekerja ladang dan Orang Asli
  • Meneruskan penubuhan UiTM Selangor di Serendah, Hulu Selangor
  • Menubuhkan MRSM Yayasan Selangor untuk anak Selangor yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah
 Pengukuhan institut pendidikan asas masyarakat
  • Menaiktaraf Sekolah Rendah Agama JAIS dari segi prasarana dan kurikulum pendidikan
  • Semakan semula yuran persekolahan tahunan Sekolah Rendah Agama, Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sebagai galakan pembentukan sahsiah generasi muda Selangor
  • Menaikkan gaji atau elaun minimum guru SAR, SRA dan KAFA kepada RM1,500
  • Menaiktaraf SRJK (C) dan SRJK (T) terpilih di kawasan-kawasan yang dikenalpasti untuk dijadikan sekolah berprestasi tinggi untuk rakyat Selangor

Selangor lebih progresif
  • Membangunkan Koridor Baharu 'Selangor Global Logistic Hub' di kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan KLIA Sepang, menarik pelaburan asing dan membuka 560,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Selangor
  • Pusat Transformasi Bandar di kesemua 14 PBT bagi menjana ekonomi dan IKS rakyat setempat, sebagai sokongan kepada Selangor Global Logistic Hub
  • Pusat khidmat setempat BISNES SELANGOR untuk mengurangkan kerenah birokrasi berkaitan perniagaan dan industri
  • Skim Mikrokredit Sayangi Selangor: Dana - RM250 juta untuk modal permulaan perniagaan

Selangor lebih mesra, alam lebih bersih
  • Modenisasi pengurusan sampah menggunakan konsep kitar semula dan penjanaan tenaga diperbaharui dengan kaedah baharu
  • Skim Pinjaman Janasuria Sayangi Selangor sehingga RM40,000 bagi rakyat yang ingin menyertai program Feed In Tariff menggunakan Tenaga Solar
  • Program dan Insentif Khas bagi pengurusan tenaga alternatif diperbaharui dan pemeliharaan alam sekitar yang efisien dan mesra untuk rumah, premis perniagaan dan perindustrian.

Admin : Bersatu, bersetia, Berkhidmat : Selamatkan Selangor
              Sayangi Selangor, Yakini Barisan Nasional.

Wednesday 17 April 2013

ANAKNILAI: TERKINI #PRU13 - PKR MEMANG KETURUNAN PENIPU !!!

ANAKNILAI: TERKINI #PRU13 - PKR MEMANG KETURUNAN PENIPU !!!: GRO PKR seronok menipu Rakyat! Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail yang turut menjadi calon PKR Tambun semalam menyerlahkan sifat ...

BLOG ABG

Tuesday 16 April 2013

TERKINI #PRU13 : SENARAI CALON BARISAN NASIONAL SELANGOR PRU13 2013



Calon BN Selangor:


Selangor – Senarai Calon Selangor BN Yang Diumumkan Pada 16 Apr 2013


P.092 SABAK BERNAM
- Mohd Fasiah Mohd Fakeh
* N.01 Sungai Air Tawar
- Kamarol Zaki Abdul Malik
* N.02 Sabak
- Abd Halim Udin


P.093 SG. BESAR
- Dato’ Noriah Kasnon
* N.03 Sg Panjang
- Budiman Mohd Zohdi
* N.04 Sekinchan
- Kek Seng Hooi


P.094 HULU SELANGOR
- P. Kamalanathan
* N.05 Hulu Bernam
- Dato’ Rosni Sohar
* N.06 Kuala Kubu Baharu
- Jessie Ooi
* N.07 Batang Kali
- Mat Nadzari Ahmad Dahlan


P.095 TG. KARANG
- Dato’ Seri Noh Omar
* N.08 Sg. Burong
- Dato’ Shamsuddin Lias
* N.09 Permatang
- Sulaiman Abd Razak


P.096 KUALA SELANGOR
- Datuk Irmohizam Ibrahim
* N.10 Bukit Melawati
- Jakiran Jacomah
* N.11 Ijok
- K. Parthiban
* N.12 Jeram
- Dato’ Amiruddin Setro


P.097 SELAYANG
- Dato’ Donald Lim Siang Chai
* N.13 Kuang
- Abdul Shukur Idrus
* N.14 Rawang
- Lee Li Yew
* N.15 Taman Templer
- Dato’ Seri Subahan Kamal


P.098 GOMBAK
- Datuk Dr. Rahman Ismail
* N.16 Batu Caves
- Rawichandran a/l Narayanan
* N.17 Gombak Setia
- Datuk Said Anuar Said Ahmad
* N.18 Hulu Kelang
- Abdul Rahim Kamarudin


P.099 AMPANG
- Dr. Rozaidah Talib
* N.19 Bukit Antarabangsa
- Mohamad Nadzim Ibrahim
* N.20 Lembah Jaya
- Dato’ Baderisham Jolly


P.100 PANDAN
- Gary Lim Chin Yee
* N.21 Chempaka
- Muhammad Faizal Sufar
* N.22 Teratai
- Liew Pok Boon


P.101 HULU LANGAT
- Adzhaliza Mohd Nor
* N.23 Dusun Tua
- Ismail Sani
* N.24 Semenyih
- Dato’ Johan Abd Aziz
* N.25 Kajang
- Lee Ban Seng


P.102 SERDANG
- Dato’ Yap Pian Hon
* N.26 Bangi
- Dato’ Mohd Zaidi Md Zain
* N.27 Balakong
- Dato’ Dr. Lai Kwong Choy
* N.28 Seri Kembangan
- Raymond Chin Toong Kang


P.103 PUCHONG
- Dato’ Loo Yeng Peng
* N.29 Seri Serdang
- Mohamad Yusof Mohamed Yasin
* N.30 Kinrara
- Dr. Kow Cheong Wei


P.104 KELANA JAYA
- Loh Seng Kok
* N.31 Subang Jaya
- Gan Meng Foo
* N.32 Seri Setia
- Tengku Ridwan Tengku Mansor


P.105 PJS
- Sheah Kok Fah
* N.33 Taman Medan
- Dato’ Dr. Wahab Ibrahim
* N.34 Bukit Gasing
- Juan Sei Chang


P.106 PJU
- Chiew Hoon Ling
* N.35 Kampung Tunku
- Chong Seng Foo
* N.36 Damansara Utama
- Dato’ Lim Choon Kim


P.107 SUBANG
- Prakash Rao a/l Appalanaidoo
* N.37 Bukit Lanjan
- Francis Chong Tuck Chiew
* N.38 Paya Jaras
- Dato’ Ir. Muhd Bushro Mat Johor
* N.39 Kota Damansara
- Halimaton Saadiah Borhan


P.108 SHAH ALAM
- Dato’ Zulkifli Noordin
* N.40 Kota Anggerik
-
Mohd Yusof Din
* N.41 Batu Tiga
- Dato’ Ahmad Nawawi Dato’ M Zin


P.109 KAPAR
- Sakthivel
* N.42 Meru
- Sukaiman Ahmad
* N.43 Sementa
- Md Ghazali Mohd Amin
* N.44 Sungai Pinang
- Lee Chee Chun
* N.45 Selat Klang
- Faisal Yahya


P.110 KLANG
- Dato’ Teh Kim Poo
* N.46 Pelabuhan Klang
- Dato’ Nasaruddin Dato’ Md Zin
* N.47 Pandamaran
- Dato’ Dr. Ching Eu Boon
* N.48 Kota Alam Shah
- Datuk Maglin a/l Dennis D’Cruz


P.111 KOTA RAJA
- S. Murugesan
* N.49 Seri Andalas
- T. Mohan
* N.50 Sri Muda
- Mohd Abd Raof Mokhtar


P.112 KUALA LANGAT
- Kapt(B) Sharuddin Omar
* N.51 Sijangkang
- Zurihan Yusop
* N.52 Teluk Datuk
- Tan Cheng Kai
* N.53 Morib
- Hasiman Sidom


P.113 SEPANG
- Dato Seri Ir. Mohd Zin Mohamed
* N.54 Tanjong Sepat
- Nisman Yusof
* N.55 Dengkil
- Shahrum Dato’ Mohd Sharif
* N.56 Sungai Pelek
- Ng Chok Si


Admin -  Barisan Transformasi BN Selangor

TERKINI #PRU13 - KEDUDUKAN KERUSI PARLIMEN PRU13 2013


KENYATAAN Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan 





Barisan Nasional (BN) akan menyerahkan surat tauliah calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada pengerusi BN negeri hari ini iaitu lima hari sebelum penamaan calon pada Sabtu ini.



Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, majlis itu akan diadakan di Ibu Pejabat BN di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Katanya, Pengerusi BN negeri akan pulang ke negeri masing-masing untuk mengumumkan calon-calon PRU-13 BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

"Kebanyakan negeri dijangka membuat pengumuman esok (hari ini) dan Selasa ini.

"Semua itu terpulang kepada mereka (pengerusi-pengerusi BN negeri)," katanya.

Beliau berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyampaikan surat tauliah itu kepada pengerusi BN negeri.

Sementara itu, di Kota Bharu, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pengumuman calon BN negeri itu akan diumumkan selepas mendapat lampu hijau daripada Najib.

Katanya, BN Kelantan telah mengemukakan cadangan calon yang terdiri daripada muka lama dan baharu, tokoh agama, Pemuda serta Wanita dan senarai itu telah mendapat pandangan daripada semua pihak termasuk perbincangan dengan ketua-ketua UMNO bahagian masing-masing.
Beliau berharap mereka yang tidak dicalonkan tidak merajuk dan mengkhianati parti dengan melakukan sabotaj 'cah keting'.

"Kalau merajuk sekali pun fikirlah yang kita perlu kembali bekerja demi untuk merampas Kelantan daripada Pas dan untuk masa depan rakyat yang perlukan pembelaan kita," katanya.

BN Johor dan Kedah pula dijangka mengumumkan calon BN negeri masing-masing pada pagi Selasa, kata jurucakap BN di kedua-dua negeri terbabit.

sumber : AAKJ

TERKINI #PRU13 - Najib Kemuka Pasukan Transformasi Untuk PRU13


Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) pada majlis penyerahan watikah pelantikan calon PRU 13 di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Foto: Zulkarnain Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah selesai membuat persiapan terakhir untuk menerajui perjuangan menentang pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), manakala Barisan Nasional (BN) pula kini bersiap sedia untuk menurunkan mereka yang cukup berpengalaman serta muka baharu yang penuh bertenaga sebagai calonnya.

BN akan menampilkan muka baharu yang merangkumi satu pertiga daripada jumlah calonnya untuk bertanding di kerusi parlimen dan hampir separuh daripada jumlah calon untuk kerusi negeri, dengan kebanyakan mereka diletakkan di negeri dikuasai pembangkang sebelum ini.

Tidak akan berlaku pertukaran pada saat-saat akhir, kata Najib, yang pertama kali menerajui BN untuk menghadapi pilihan raya umum sebagai perdana menteri, selepas beliau menyerahkan dokumen pencalonan dan aku janji parti gabungan itu kepada para pemimpin parti komponen dan pengerusi perhubungan negeri BN di sini Isnin.

Ditanya tidakkah beliau bimbang untuk menghadapi kesan daripada kekecewaan yang mungkin dirasai mereka yang tidak terpilih sebagai calon, Najib berkata: "Saya lebih bimbang tentang kekecewaan rakyat."

Spekulasi tentang perang besar yang akan berlaku di Gelang Patah, Johor antara Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan penasihat DAP Lim Kit Siang, kini menjadi bertambah sahih apabila kawasan parlimen itu tidak terdapat dalam senarai calon yang dikeluarkan MCA hari ini.

Gelang Patah dimenangi MCA pada PRU 2008 dan parti itu dilaporkan merancang untuk meletakkan ketua bahagiannya Jason Teoh bertanding di kawasan berkenaan berikutan perkembangan yang berlaku selepas Lim mengumumkan keputusannya untuk bertanding bagi kerusi majoriti kaum Cina itu.

MCA dan Gerakan merupakan parti komponen BN paling awal mengumumkan senarai penuh calon masing-masing, manakala Parti Progresif Penduduk (PPP) pula menamakan empat daripada calonnya.

Esok, Umno, MIC dan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak dijangka mengumumkan calon mereka.

Kali ini, MCA akan bertanding di 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri, berbanding 40 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri pada PRU lepas. Selain Gelang Patah, parti itu juga tidak meletakkan calonnya bagi kerusi parlimen Kuantan dan Wangsa Maju.

Bekas presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan daripada mempertahankan kerusi parlimen Pandan di sini, manakala dua naib presidennya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, yang juga ketua Wanita MCA, dan Gan Ping Sieu, juga tidak disenaraikan sebagai calon.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang terlibat dalam pemilihan parti menentang dua presiden sebelum beliau, Ong Tee Keat dan Tan Sri Ong Ka Ting, untuk merebut jawatan presiden pada 2010, tidak akan bertanding, seperti yang beliau umumkan awal-awal lagi.

Kerusi parlimen Pandan kali ini akan ditandingi penasihat undang-undang MCA bahagian itu Garry Lim.

Presiden PPP Datuk Seri M. Kayveas muncul sebagai presiden parti komponen BN terbaru dan keempat yang tidak akan bertanding. Kayveas, yang menang kerusi parlimen Taiping pada 2004, tetapi kalah pada 2008, tidak tersenarai sebagai calon parti itu kali ini.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui merupakan dua lagi pemimpin yang sejak awal lagi mengumumkan bahawa mereka tidak akan menjadi calon.

Gerakan diperuntukkan 11 kerusi parlimen dan 31 kerusi negeri, kurang satu kerusi parlimen berbanding pada 2008. Parti ini mengalami kecederaan teruk apabila ia hanya menang dua kerusi parlimen dan lima kerusi negeri pada PRU lepas. Bagaimanapun, hasrat parti ini untuk kembali bertanding di Taiping, tercapai.

Naib presiden dan ketua wanitanya Datuk Tan Lian Hoe, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum ini, akan bertanding di kawasan situ - kali ketiga beliau bertanding bagi kerusi parlimen selepas mencatat kemenangan di Bukit Gantang pada 2004 dan Gerik pada 2008.

PPP, yang diberi peluang bertanding di kawasan parlimen Taiping serta kerusi negeri Pasir Bedamar di Perak pada 2008, kali ini akan bertanding bagi kerusi parlimen Kepong, dengan ketua penerangannya Datuk A. Chandrakumanan dipilih sebagai calon.

Parti itu juga akan meletakkan calonnya di empat kerusi negeri - Pasir Bedamar, Guchil (Kelantan), Kota Laksamana (Melaka) dan Kota Alam Shah di Selangor.

Najib, yang juga pengerusi BN Selangor, dijadual mengumumkan calon Umno yang akan bertanding di negeri itu esok, dalam usaha BN untuk memenangi semula negeri berkenaan daripada pakatan PKR-DAP-PAS.

Calon BN bagi 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi negeri akan menerima surat pelantikan masing-masing daripada ketua perhubungan negeri BN esok.

Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau mengambil kira sentimen dan harapan pemilih sebelum membuat keputusan untuk mengemukakan 33 peratus muka baharu bagi kerusi parlimen dan 49 peratus untuk kerusi negeri.

Najib berkata beliau yakin mereka yang dipilih sebagai calon mampu mengotakan aku janji BN seperti yang terkandung dalam manifestonya, yang dikeluarkan pada 6 April.

Beliau menggesa mereka yang tidak terpilih sebagai calon supaya terus memberi sokongan kepada parti itu kerana ia bukan kerana mereka gagal menunaikan tanggungjawab atau bermasalah, tetapi untuk memenuhi harapan pengundi dan masyarakat untuk menikmati perubahan.

Penamaan calon akan diadakan Sabtu ini, manakala hari mengundi ialah pada 5 Mei.

Sementara itu, pembangkang terus kehilangan sokongan apabila lebih 200 anggota PKR dan DAP berketurunan India di Paya Besar, Lunas, Kedah, menyertai MIC.

Di Pasir Puteh, Kelantan, setiausaha PAS Cawangan Danan Timur Ibrahim Ismail, 63, mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi negeri Selising kerana membantah keputusan parti itu meletakkan Saiful Baharin Mohamad untuk mempertahan kerusi berkenaan.

-- BERNAMA

Monday 15 April 2013

Anwar Ibrahim: Pengumuman Calon-Calon PKR Negeri Selangor


HASAN ALI LEBIH HEBAT DARIPADA MAT SABU !!!

RAMAINYA YANG MENDENGAR CERAMAH MAT SABU





Ramainyer penyokong Pas yang mendengar ceramah Timbalan Presiden Pas Mat Sabu cuba lihat di bawah ini








Ini pulak ceramah oleh YB Datuk Dr Hasan Ali dikawasan yang sama dan waktu yang sama cuma tempat sahaja yang berbeza








Apakah makna ini semua, adakah umat Islam masih memilih Timbalan Presiden PAS yang pernah berkhalwat dengan bini orang. Kalau inilah 'standard' Timbalan Presiden Pas maknanya umat Islam sudah benci dengan PAS.

Sunday 14 April 2013

PRU-13: Laporan Langsung Pilihan Raya Umum Ke-13

PRU-13: Laporan Langsung Pilihan Raya Umum Ke-13

Solat UMNO Tak Sah, Fatwa Baru Nik Aziz


Solat UMNO Tak Sah, Fatwa Baru Nik Aziz


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi mengeluarkan fatwa baru apabila mengatakan solat ahli Umno adalah tidak sah dan tidak diterima Allah kerana Umno katanya menolak Islam. Beliau yang juga merupakan Mursyidul Am PAS dan digelar Tok Guru oleh pengikut dan pemimpin PAS turut berkata solat mereka yang memberikan sokongan kepada Umno dan ahlinya juga mendapat pahala.

Ahli Umno jelasnya adalah mereka yang tolak Islam dan PAS adalah parti yang menerima Islam secara keseluruhannya.

Nik Aziz ketika berucap di Kampung Jambu, di Kelantan berkata, Umno tidak mengamalkan dasar Islam dalam mentadbir negara ini, sebaliknya dasar kebangsaan yang menjadi amalan pentadbiran Umno sejak sekian lama menolak dasar Islam, dan ibadah termasuk sembahyang ahli Umno tidak diterima Allah.

Beliau juga turut mendakwa pelbagai projek yang dilaksanakan kerajaan pusat di Kelantan semata-mata untuk ‘mengenyangkan’ beberapa kontraktor kroni yang dilantik menguruskan projek itu.

Malah, manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak baru-baru ini juga jelasnya mengarut kerana menolak Islam.

“Dia (kerajaan pusat) buat masjid, bukan hendakkan Islam… nakkan kontraktor sahaja. Yang pentingnya, kenapa tak beri projek pusat dikendalikan oleh kerajaan Kelantan? Kerana apa melalui JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan)?.

“Tentu ada benda, sambil menyelam, sambil minum. Umno ini sambil menyelam sambil bekwoh (kenduri), bukan setakat minum sahaja,” dakwanya.

“Buat la apa sahaja pun, asalkan tolak Islam, semua mengarut,” katanya.

Nik Aziz, yang telah memerintah Kelantan sejak sekian lama juga sebelum ini pernah menuduh ahli dan pemimpin Umno murtad kerana parti itu tidak menjalankan pentadbiran mengikut lunas Islam.

Mungkin Nik Aziz buta, ataupun membutakan dirinya kerana masyarakat Islam dunia sendiri mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam.

Malah, Malaysia juga merupakan anggota aktif dalam pertubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sehingga membolehkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) ditubuhkan.

Peranan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan moden turut dijadikan contoh banyak negara luar, malah, Malaysia adalah negara pelopor dalam sistem kewangan Islam hinggakan negara luar turut menjadikan sistem perbankan Islam sebagai alternatif kepada sistem kewangan konvensional.

Mungkin Islam yang dimaksudkan Nik Aziz adalah Islam ala PAS yang mengajar pengikutnya memaki hamun sesama Islam dan pernah suatu ketika dahulu menimbulkan krisis apabila sembelihan dan pernikahan dengan ahli Umno tidak sah.

Menuduh saudara sesama islam sebagai kafir adalah tuduhan yang amat berat di sisi Islam, dan dengan dakwaan sedemikian, Nik Aziz seharusnya bertaubat sebelum terlambat.

Artikel disiar pada 10/04/2013 - 1:45 pm oleh Zulkifli Rawi

Saturday 13 April 2013

TERIMA KASIH MALAYSIA (W/LYRICS) [HD]

BLOG ABG

BN Government With Fresh Mandate Can Generate More Wealth For People - Najib











BN Government With Fresh Mandate Can Generate More Wealth For People - Najib

IPOH, April 9 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today a Barisan Nasional (BN) government with a fresh mandate would be able to generate more wealth for distribution among the various communities in the country.

He said the BN, through its philosophy of moderation and power-sharing and representing the various communities, had ensured that the people lived in peace and harmony and there was intensive economic growth.

"The best is yet to come. We have delivered so much. With a strong mandate we can even do better in the future. I promise you that.

"I have asked myself what else the Chinese want? They want security; they want harmony. What else do they want? They want a government that is fair and just," he said at a luncheon with representatives of Perak non-governmental organisations at the Tow Boh Keong Temple hall, here.

Najib said all these would be fulfilled if the BN was given a bigger mandate in the coming general election.
The prime minister said the moderation practised by the BN was also key to the survival and success of the country.

"Imagine having a party that comprises people whose philosophy and ideology are at opposite goals or extremes. Do you think that they can form a viable government?
"The answer is they are not likely to be able to form a stable and viable government. That is why as Malaysians we must reject extremism.

"If you believe in moderation, support the BN," he said.

Najib said that over the past 55 years, the BN government had proven that it could ensure a stable developing Malaysia and that the national transformation agenda implemented over the past four years had brought changes and progress to the country.

Najib said various initiatives had been launched for the well-being of the people and this had been executed with the cooperation of the BN federal and state governments.


"There is much more that we can do in the future. The opposition pact has only fulfilled 15 per cent of the promises it had made during the general election in 2008.

"As such, I would like to propose that the name Pakatan Rakyat be changed to Pakatan 15 Per Cent because that is only what they have done," he said.

Najib said the BN government had brought about plenty of changes and the people should place their trust in the BN to bring about a better future for them.

"We are not a populist government. We do everything for the people and we know how to generate wealth for the country. If we generate more wealth, the wealth will be channelled to the people," he said.

The prime minister reminded the people that no country in the world could give everything free to the people.

"If it can be done, other countries would have done it," he said, and reminded the people against falling for the empty promises of the opposition.


-- BERNAMA

ADMIN - VOTE BN FOR THE SAKE OF YOUR FUTURE AND FAMILY SECURITY..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Button

Recommendation Bar

Recommendation Box

Subcribe Button

Shared Activity

Activity Feeds

Utusan Headlines

BLOG BN Headlines

My Headlines (Haramkah Online)

INFO PRU13 - AKUJANJI BN SELANGOR

Akujanji BN Selangor

Tentang Barisan Nasional Selangor

Organisasi kami, secara asasnya, terdiri dari gabungan parti-parti politik yang berpegang teguh kepada konsep Barisan Nasional. Gabungan 13 parti komponen ini mewakili keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, suku kaum atau kumpulan etnik.

Bersandarkan kekuatan berkumpulan yang nyata telah menjadikan Barisan Nasional sebagai sebuah parti politik yang besar, gagah, berbeza, adil dan berjaya dalam mentadbir negara, sejak dari era Parti Perikatan sehinggalah sekarang.

Berbeza dengan parti-parti politik yang lain, Barisan Nasional tidak lahir dari gagasan ideologi semata. Barisan Nasional lahir dari perjuangan rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat. Dengan meletakkan rakyat di barisan paling utama perjuangan, Barisan Nasional kekal dinamis dalam meneraju negara.

IKRAR

Kami Pewaris Bangsa memperakui betapa para Pengasas Negara bersatu hati dan berganding bahu dalam menubuhkan Parti Perikatan demi memperjuangkan kemerdekaan negara, dan mencipta prinsip pemuafakatan demi kemakmuran bersama.

Hari ini, KAMI ANAK MALAYSIA, Pendukung Barisan Nasional, berhimpun atas satu semangat, mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara, mendukung Perlembagaan Persekutuan, Institusi Raja Berpelembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen serta mengamalkan prinsip-prinsip asas Rukun Negara, bertekad dan berjanji serta berikrar, meneruskan perjuangan untuk bangsa dan negara, berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut:

PERTAMA, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, menghormati hak dan keistimewaan setiap rakyat sebagai warganegara, mengiktiraf kesaksamaan rakyat di sisi undang-undang, menjamin kebebasan institusi kehakiman dan membanteras jenayah bagi menzahirkan sebuah masyarakat yang aman, stabil, makmur dan selamat.

KEDUA, mempereratkan lagi hubungan antara kaum dan lapisan masyarakat, mencegah dan menentang segala bentuk ekstremisme dan rasisme, demi memupuk perpaduan bagi sebuah masyarakat majmuk berteraskan gagasan 1 Malaysia.

KETIGA, meneruskan usaha memajukan ekonomi negara melalui peningkatan daya saing, di samping memberikan komitmen terhadap pembahagian ekonomi yang adil dan mengekalkan kelestarian alam sekitar, menggalak penyertaan semua kaum dalam setiap bidang ekonomi dengan seimbang, demi memastikan nikmat kemakmuran dan kekayaan negara, dapat dikecapi bersama.

KEEMPAT, menjamin pendidikan berkualiti bagi semua, memperkasakan pembudayaan ilmu pengetahuan, sebagai asas pembentukan modal insan yang berketerampilan, serta memastikan pendidikan kebangsaan, menjadi wahana utama pembentukan insan yang mulia, demi pengukuhan perpaduan nasional.

KELIMA, meneruskan tradisi membela rakyat, dengan mengutamakan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial, peningkatan infrastruktur asas yang menyeluruh, serta menjadikan peningkatan kualiti hidup rakyat, sebagai petanda aras utama prestasi kerajaan Barisan Nasional.

KEENAM, memantapkan institusi keluarga, menggalakkan penyertaan wanita, belia, orang kurang upaya dan isi rumah secara berkesan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara, serta memperkasa peranan golongan muda dan masyarakat sivil sebagai rakan utama dalam pembinaan negara; dan

KETUJUH, mendukung prinsip tadbir urus yang baik dan menolak amalan rasuah, menyokong dan membantu meningkatkan integriti dan kecekapan agensi kerajaan, dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan menghayati konsep “Rakyat Didahulukan” sebagai asas pewujudan kerajaan yang mengutamakan pencapaian dalam memenuhi keperluan dan harapan rakyat.

Inilah ikrar dan tekad kami, Pendukung Barisan Nasional, demi kesejahteraan semua rakyat dan generasi akan datang, dalam meneruskan perjuangan murni mewujudkan perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, dengan keazaman semangat 1 Malaysia, dengan mendahulukan rakyat, kami berikrar dan bertekad untuk mencapai wawasan negara, dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang, bagi negara Malaysia.

BARISAN BN BARU PRU13

BN Baru
PASUKAN TRANSFORMASI
Saya dengan berbesar hati mengumumkan senarai calon yang akan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13. Ia adalah senarai yang seimbang dengan menggabungkan individu berpengalaman dengan mereka yang masih muda dan mempunyai idea baru dalam melaksanakan dasar transformasi kita. Kami sedar, masa telah berubah dan sebab itulah Barisan Nasional juga akan sentiasa mengikut arus perubahan.

Setiap calon tidak kira lelaki mahupun wanita yang dipilih mewakili Barisan Nasional mempunyai semangat dedikasi yang tinggi untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Saya harap anda juga bersemangat untuk memberi peluang kepada calon-calon yang merupakan generasi baru kepada kepimpinan negara kita itu. Untuk itu, saya seru anda mengambil masa untuk mengenali mereka dengan lebih rapat lagi serta mendengar penjelasan mengenai kemajuan serta wawasan yang ingin mereka bawa ke kawasan yang ditandinginya serta kepada negara kita.

My Headlines

My Headlines 1a

My Headlines 1b

My Headlines 2