BARISAN NASIONAL - WADAH PERJUANGAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA

BARISAN NASIONAL - WADAH PERJUANGAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA
PDM Seri Putra, DUN Morib, Parlimen

Pencapaian Gagasan 1Malaysia

Pencapaian Gagasan 1Malaysia
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan (KLIK UNTUK REDIRECT ke http://www.1malaysia.com.my/my/ )

PDM Seri Putra

PDM Seri Putra
N53 DUN MORIB, P112 PARLIMEN KUALA LANGAT

Tuesday, 9 April 2013

Pandangan Ikhlas A.Kadir Jasin berkenaan BN dan Kerajaan Najib Tun Razak


BN perlu ambil 10 langkah jika mahu kekal kuasa

A.Kadir Jasin

BARISAN Nasional masih boleh mengharapkan sokongan majoriti pengundi Malaysia. Tetapi cabaran daripada Pakatan Rakyat kali ini jauh lebih hebat.

Saya sengaja menyerlahkan (highlight) perkataan masih bagi menekankan kesementaraan sokongan kepada parti pemerintah itu.

Kalau BN gagal membuat inovasi yang ketara dalam pilihan raya umum kali ini, riwayatnya sebagai parti pemerintah mungkin berakhir.

Tidak keterlaluan kalau saya katakan, BN sudah sampai ke peringkat “change or die” (berubah atau mati). Saya mohon izin untuk mengambil ruang yang lebih panjang sedikit membahaskan perkara ini, khasnya dan mengenai PRU secara umum, daripada aspek statistik.

Reality Check

1. Tanggapan bahawa BN kuat dan pembangkang lemah adalah tidak sepenuhnya tepat. Sokongan kepada pembangkang sentiasa ada, malah boleh dikira kuat. Cuma di bawah sistem perwakilan kita, iaitu sistem “plurality-majority”, pembangkang gagal memperoleh bilangan kerusi yang mencukupi untuk memerintah.

2. Di bawah sistem “kalah mati” kita, seorang calon menang dan partinya memperoleh kerusi walaupun dia mendapat kelebihan satu undi sahaja.

3. Pada PRU 2008, BN memperoleh 51.4% undi di peringkat parlimen, tetapi berjaya menguasai 140 kerusi Dewan Rakyat. Ini bermakna walaupun gabungan DAP-PKR-PAS dan parti-parti kecil lain mendapat 48.6% undi, mereka berjaya menguasai 82 kerusi sahaja.

4. Di bawah sistem perwakilan berkadar (proportional representation) seperti diamalkan di beberapa buah negara, termasuk Austria, Belgium, Cyprus, Denmark, Finland, Germany, Greece, Ireland, Luxembourg, Malta, the Netherlands, Norway, Portugal, Spain, Sweden, Switzerland dan New Zealand, pembahagian kerusi dibuat mengikut peratus undi yang diperoleh.

Misalnya, kalau parti A memperoleh 10% undi dan bilangan kerusi dewan adalah 100, maka ia akan mendapat 10 kerusi. Dalam konteks PRU 2008, kalau sistem itu digunakan, BN mendapat 114 kerusi dan pembangkang 108 kerusi.

5. Sejak PRU 1959, pembangkang sentiasa memperoleh lebih daripada 34% undi popular. Prestasi paling buruk pembangkang adalah dalam PRU 1995 apabila ia memperoleh 34.9% dan paling baik pada 1969 dengan 55.1%. Pada 1964 pembangkang mendapat 41.8%, 1974 49.3% (Pas menyertai BN), 1978 42.8% (Pas dipecat daripada BN), 1982 39.5% (PRU pertama Dr Mahathir/Anwar Ibrahim masuk Umno), 1986 42.7%, 1990 46.6% (Ku Li keluar Umno), 1995 34.9%, 1999 43.5% (pemecatan Anwar), 2004 36.2% dan 2008 48.6%.

Apa Yang BN Kena Buat

1. Rekod BN (termasuk Perikatan) sebagai parti pemerintah adalah antara yang paling cemerlang di kalangan parti-parti politik nasionalis yang memperjuangkan kemerdekaan, malah boleh dianggap setanding dengan LDP di Jepun dan Kuomintang di Taiwan.

2. Tetapi sebagaimana juga LDP dan Kuomintang, BN menjadi leka dan sombong akibat kuasa dan kejayaannya. Kepemimpinannya menjadi birokratik dan feudalistik. Pewarisan menjadi sukar dan kerap disabotaj oleh “warlords” di peringkat cawangan dan bahagian. Ramai pemimpin naik kerana senioriti, main selamat, mengampu dan dinasti.

3. Kalau BN mahu terus relevan, ia wajib menggunakan PRU kali ini bagi membersihkan diri daripada panglima perang, kayu reput dan kayu hanyut, paku karat dan paku longgar serta bertindak tegas terhadap rasuah, salah guna kuasa, pilih kasih dan campur tangan anak bini dalam pentadbiran dan urusan rasmi.

4. Kalau atas sebab dan alasan apa jua BN tidak dapat membuat peralihan melalui PRU kali ini, ia tidak boleh menyalahkan pemilih dan pengundi kalau ia dihukum dengan lebih berat.

5. BN wajib mengakui kelemahan dan kegagalan sesetengah pemimpin atasannya dan bertindak tegas menggantikan mereka kalau MASIH mahu memerintah.

6. BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan keras meminggirkan wakil rakyat - tidak kira wakil biasa, menteri atau ahli exco, yang gagal dan membebankan parti.

7. BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan pantas meletakkan lebih banyak calon muda, wanita dan teknokrat yang berwibawa, bersih, telus dan berwawasan.

8. Kalau BN MASIH berhasrat untuk terus memerintah, ia perlu, melalui PRU kali ini, menyekat daripada menjadi parti haiwan purba dan menyemarakkan semula proses penggantian dan pewarisan yang sihat seperti yang berlaku pada PRU 1982 apabila begitu banyak calon baru dan muda diketengahkan.

9. LDP dan Kuomintang tumbang kerana dilihat sebagai parti orang tua, parti warlords, parti feudal dan parti komisen. Mereka kembali berkuasa hanya selepas memberi peluang kepada generasi muda dan pelapis serta membebaskan diri daripada cengkaman golongan peniaga dan kapitalis.

10. BN wajib menerima hakikat bahawa PR mempunyai nisbah pemimpin muda dan berpelajaran yang lebih besar daripadanya. Ini menyebabkan PR dilihat sebagai lebih mesra generasi muda.

Kesimpulannya, BN sudah sampai ke persimpangan yang sangat mencabar. Tersalah pusing, BN mungkin berubah daripada MASIH berkuasa kepada TELAH hilang kuasa. Diukur daripada undi popular, pembangkang sudah ada bilangan dan momentum. Yang mereka tidak ada adalah bilangan kerusi. Cabaran kepada BN lebih getir seandainya parti-parti Pakatan Rakyat bijak dan tepat mengatur serta membahagikan kerusi. Wallahualam.


# Posting ini Admin petik di dalam Fanpage Facebook Najib Razak https://www.facebook.com/najibrazak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Button

Recommendation Bar

Recommendation Box

Subcribe Button

Shared Activity

Activity Feeds

Utusan Headlines

BLOG BN Headlines

My Headlines (Haramkah Online)

INFO PRU13 - AKUJANJI BN SELANGOR

Akujanji BN Selangor

Tentang Barisan Nasional Selangor

Organisasi kami, secara asasnya, terdiri dari gabungan parti-parti politik yang berpegang teguh kepada konsep Barisan Nasional. Gabungan 13 parti komponen ini mewakili keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, suku kaum atau kumpulan etnik.

Bersandarkan kekuatan berkumpulan yang nyata telah menjadikan Barisan Nasional sebagai sebuah parti politik yang besar, gagah, berbeza, adil dan berjaya dalam mentadbir negara, sejak dari era Parti Perikatan sehinggalah sekarang.

Berbeza dengan parti-parti politik yang lain, Barisan Nasional tidak lahir dari gagasan ideologi semata. Barisan Nasional lahir dari perjuangan rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat. Dengan meletakkan rakyat di barisan paling utama perjuangan, Barisan Nasional kekal dinamis dalam meneraju negara.

IKRAR

Kami Pewaris Bangsa memperakui betapa para Pengasas Negara bersatu hati dan berganding bahu dalam menubuhkan Parti Perikatan demi memperjuangkan kemerdekaan negara, dan mencipta prinsip pemuafakatan demi kemakmuran bersama.

Hari ini, KAMI ANAK MALAYSIA, Pendukung Barisan Nasional, berhimpun atas satu semangat, mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara, mendukung Perlembagaan Persekutuan, Institusi Raja Berpelembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen serta mengamalkan prinsip-prinsip asas Rukun Negara, bertekad dan berjanji serta berikrar, meneruskan perjuangan untuk bangsa dan negara, berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut:

PERTAMA, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, menghormati hak dan keistimewaan setiap rakyat sebagai warganegara, mengiktiraf kesaksamaan rakyat di sisi undang-undang, menjamin kebebasan institusi kehakiman dan membanteras jenayah bagi menzahirkan sebuah masyarakat yang aman, stabil, makmur dan selamat.

KEDUA, mempereratkan lagi hubungan antara kaum dan lapisan masyarakat, mencegah dan menentang segala bentuk ekstremisme dan rasisme, demi memupuk perpaduan bagi sebuah masyarakat majmuk berteraskan gagasan 1 Malaysia.

KETIGA, meneruskan usaha memajukan ekonomi negara melalui peningkatan daya saing, di samping memberikan komitmen terhadap pembahagian ekonomi yang adil dan mengekalkan kelestarian alam sekitar, menggalak penyertaan semua kaum dalam setiap bidang ekonomi dengan seimbang, demi memastikan nikmat kemakmuran dan kekayaan negara, dapat dikecapi bersama.

KEEMPAT, menjamin pendidikan berkualiti bagi semua, memperkasakan pembudayaan ilmu pengetahuan, sebagai asas pembentukan modal insan yang berketerampilan, serta memastikan pendidikan kebangsaan, menjadi wahana utama pembentukan insan yang mulia, demi pengukuhan perpaduan nasional.

KELIMA, meneruskan tradisi membela rakyat, dengan mengutamakan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial, peningkatan infrastruktur asas yang menyeluruh, serta menjadikan peningkatan kualiti hidup rakyat, sebagai petanda aras utama prestasi kerajaan Barisan Nasional.

KEENAM, memantapkan institusi keluarga, menggalakkan penyertaan wanita, belia, orang kurang upaya dan isi rumah secara berkesan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara, serta memperkasa peranan golongan muda dan masyarakat sivil sebagai rakan utama dalam pembinaan negara; dan

KETUJUH, mendukung prinsip tadbir urus yang baik dan menolak amalan rasuah, menyokong dan membantu meningkatkan integriti dan kecekapan agensi kerajaan, dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan menghayati konsep “Rakyat Didahulukan” sebagai asas pewujudan kerajaan yang mengutamakan pencapaian dalam memenuhi keperluan dan harapan rakyat.

Inilah ikrar dan tekad kami, Pendukung Barisan Nasional, demi kesejahteraan semua rakyat dan generasi akan datang, dalam meneruskan perjuangan murni mewujudkan perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, dengan keazaman semangat 1 Malaysia, dengan mendahulukan rakyat, kami berikrar dan bertekad untuk mencapai wawasan negara, dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang, bagi negara Malaysia.

BARISAN BN BARU PRU13

BN Baru
PASUKAN TRANSFORMASI
Saya dengan berbesar hati mengumumkan senarai calon yang akan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13. Ia adalah senarai yang seimbang dengan menggabungkan individu berpengalaman dengan mereka yang masih muda dan mempunyai idea baru dalam melaksanakan dasar transformasi kita. Kami sedar, masa telah berubah dan sebab itulah Barisan Nasional juga akan sentiasa mengikut arus perubahan.

Setiap calon tidak kira lelaki mahupun wanita yang dipilih mewakili Barisan Nasional mempunyai semangat dedikasi yang tinggi untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Saya harap anda juga bersemangat untuk memberi peluang kepada calon-calon yang merupakan generasi baru kepada kepimpinan negara kita itu. Untuk itu, saya seru anda mengambil masa untuk mengenali mereka dengan lebih rapat lagi serta mendengar penjelasan mengenai kemajuan serta wawasan yang ingin mereka bawa ke kawasan yang ditandinginya serta kepada negara kita.

My Headlines

My Headlines 1a

My Headlines 1b

My Headlines 2